Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Cloud Atlas...???

Jarang aku merasakan kesan yang amat mendalam bila aku menonton sebuah filem untuk kali pertama...namun apabila aku menonton filem ni aku, sebagai seorang manusia yang mudah tersentuh emosi bila dihidangkan dengan elemen-elemen yang membawa kita kepada KEBENARAN akan mudah merasa tersentuh dan inspired dari filem-filem sedemikian...ini ialah antara filem yang membuka mata aku kepada suatu kelainan dan penyerapan mesej yang amat bermakna.

Terdapat enam era yang menjadi bual bicara filem ini, yang semuanya menjadi satu adunan yang menjadi satu bentuk kefahaman yang amat spiritual. KEBENARAN itu SATU dan apa yang kita dengar yang menjadi VERSI kepada KEBENARAN ialah KETIDAKBENARAN/KEBATHILAN.

Mesejnya amat kuat dan jalan ceritanya yang bersahaja dan bersusur galur antara era-era yang diceritakan menjadikan cerita ini sebagai SATU. Mungkin ramai pengkritik di luar sana menghentam filem ini habis-habisan namun aku sebagai pencinta karya-karya asyik dan unik yang membuka ruang pemikiran aku ke alam separa sedar dan dapat membawa aku berjumpa dengan KENBENARAN...ini ialah santapan jiwa aku.

Sebenarnya dunia realiti tidak jauh lari dari segmen-segmen kemanusiaan dan apa fungsi manusia yang selalu disalahertikan melalui fahaman-fahaman jahat manusia yang rakus dan sadis. this is what we need...a profound message of truth.

Ilmu Mengenal Diri???

Baru baru ni kebetulan aku diperkenalkan oleh tuhan dengan seorang manusia yang menggelar dirinya pemuja tuhan yang belajar ilmu mengenal diri aka ilmu makrifat...amat menarik pada mulanya bila dia gebang kat youtube pasal ilmu dia aku rasa amat teruja, tapi malangnya aku terpaksa memutuskan hubungan aku dengan manusia ni sebab dia mungkin seorang yang (mungkin ye?) ego, takabbur dan bongkak dengan ilmu yang dia yakin dia tahu segala...sebab aku yakin Tuhan tidak suka dengan manusia yang bongkak, takbur dan sombong...itu sudah semestinya...

Berbalik kepada filem ni, ada satu persamaan antara filem ni dengan manusia yang aku dok gebang tadi, manusi ni diberi dugaan dan ujian yang paling hebat sebab dia mengaku laa kononnya dia punyai ilmu mengenal diri sampai dia rasa dia dah sampai satu maqam yang tinggi sampai dia kata dia tak perlu buat amal ibadah khusus (solat) cuma perlu zikir aje sebab tahap kecintaan dia kepada tuhan dia sangatlah mendalam...

Mungkin apa yang aku lihat dari hidup dia, sebab dia claim dia sudah sampai satu maqam yang lebih hebat dari maqam para nabi dan rasul (aku tak pernah persoalkan pegangan dia atau kata dia sesat) maka Allah Taala menduga dia dengan satu dugaan yang amat dahsyat dan malangnya...dia tak nampak dan mungkin sebab terlalu cinta dengan Tuhan maka dia pun kembali menyumpah nyumpah Tuhannya atas nasib malang yang dihadapinya...(itu kemungkinan bagi orang yang belajar ilmu tinggi ni)...dia tak habis habis mempersoalkan nasibnya dalam hidup dia...dia mempersoalkan orang itu salah orang ini salah...tapi macam mana ye orang yang kononnya mengaku mengenal dirinya lantas mengenal tuhannya tiba tiba boleh jadi majnun macam tu? entahlah??!!!

Filem ini juga mengupas pegangan yang sama, untuk mengenal tuhan dengan lebih mendalam kena keperluan yang mendalam juga...macam budak dalam filem ni yang di duga dengan bermacam-macam dugaan yang tak masuk akal...tapi atas sebab kecintaannya yang mendalam dengan zat penciptanya maka dia tak pernah merungut dan mempersoalkan nasibnya sebab dia yakin itulah perjalanan yang tuhan dah beri kepada dia dalam usaha dia mengenal tuhannya...maka akhirnya dengan bertemankan seekor harimau yang ganas (ini adalah perlambangan mukjizat yang selalu Tuhan sebut dalam kitabNya...bagaimana api disejukkan ketika Nabi Ibrahim dihumban ke dalam api yang marak)...maka budak ini akhirnya berjaya menemui tuhannya dengan penuh rasa kecintaan dan kehinaan yang mana akhirnya kita berjaya mendapatkan maksud bahawa jika kita kenali kitalah sehina hina manusia dan sedaif daif manusia maka Tuhan akan memberikan kekuatan yang semulajadi kepada kita dan menolong kita kerana itulah yang Tuhan kehendaki dari kita....mengakui kehinaan kita kepadaNya dan mengakui keperluan kita kepadaNya maka akhirnya Dia akan mempercukupkan keperluan kita dan terjadilah hubungan cinta yang paling ikhlas dan paling suci...

aku tidak mahu melihat elemen pluralisme dalam filem ni kerana semua kebenaran telah terungkap...aku cuma mahu bercerita tentang kisah cinta manusia dengan Tuhannya dan bagaimana Tuhannya akan selalu bersama dia dan dia sendiri akan merasakan kehadiran Tuhannya dalam dirinya...sepertimana budak ini...

sekian, terima kasih...

...Dalam dunia ni darjat manusia berbeza-beza

Dalam hidup ini ada orang yang "kaya" yang melebihi orang kaya yang ada duit berjuta-juta...kaya budipekerti, kaya akhlak...memikirkan hal ehwal orang lain dan prihatin dengan keadaan sekeliling ialah kaya yang diredhoi Tuhan semesta alam.

Amal Kumar ialah seorang pemandu rickshaw yang sangat jujur dan sangat berbudi pekerti mulia...dia sangat prihatin dengan keadaan disekelilingnya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk orang lain.

Sehinggalah akhlak baiknya itu menarik hati seorang jutawan kaya yang tercari-cari "kekayaan" hakiki dalam diri seorang manusia yang bernama Amal Kumar ni.

Namun demikian filem ni amat meyakinkan bahawa kedudukan dan martabat manusia itu disisi Tuhan bukan hanya sekadar nilai wang ringgit dan hartabenda, tapi dari segi nilai "kemanusiaan" yang tak akan pernah padam selagi ianya masih ada dalam hati dan jiwa manusia-manusia mulia yang seperti lilin menyinari kehidupan dunia dengan kebaikan dan good will.

Ini ialah sebuah filem yang sangat baik untuk ditonton...

Tidak Segah Titanic 3D tapi satu lagi kisah cinta yang suci...

Aku respek filem ni sebab filem ni juga mengupas persoalan tentang cinta, pengorbanan dan kasih sayang. Bagaimana seorang mak begitu kasih dengan anaknya yang mengidap penyakit yang kronik dan sanggup "membunuh diri" dan mendermakan jantungnya untuk digantikan dengan jantung penderma yang dah kena sabotaj dek bini anak dia yang memang psiko tak hengat tu?

Kasih sayang seorang mak yang tegar memang tak dapat dikalahkan oleh apa-apa jenis kasih sayang pun. Aku ada anak dan aku tahu perasaannya...walaupun anak aku masih kecik tapi bila aku tengok anak aku, aku rasa macam aku nak bagi dunia ni kat anak aku sebab apa? mungkin sebab aku bersyukur atas sambungan talian kasih sayang yang Tuhan dah bagi pada aku...itu yang kadang-kadang aku tak paham kenapa seorang mak dan bapak sanggup mendera dan menyeksa anaknya, macam bapak pada watak Hayden Christiansen ni yang kaki todi dan kuat minum arak.

Filem ni menyambung maksud pengorbanan dan bilamana seseorang itu ikhlas dan tawadhuk dalam mengasihi dan dikasihi akan tidak nampak lagi kesusahan mahupun kepayahan di hadapannya sebaliknya merasakan satu bentuk kesempurnaan hidup atau euphoria sekiranya dia dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada orang yang dikasihinya.

Seperti watak mak kepada Clay Beresford ni yang sememangnya dah tau yang menantu dia memang psiko dan gila namun tetap tidak menghalang niat anaknya untuk berkahwin dengan perempuan gila tu (cinta itu buta) dan sudah bersedia untuk mengorbankan hidupnya untuk anak yang sangat-sangat dikasihinya itu.

Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang merbahaya membuatkan kita sendiri lupa kepada diri sendiri dan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Itulah cinta azali yang sudah dibekalkan Tuhan kepada kita macam watak mak kepada mamat nih...

Insaf aku menonton filem nih...

Back To Back...rock kapak dengan rock kembang(!)



Ada dua dvd aku nak ulas malam ni, sebab aku rasa dua-dua dvd (mungkin bluray sebab aku ada dua edisi dvd dan bluray, mana-manalah!) ni tergolong dalam genre muzikal dan dua-dua filem ni mengagungkan zamannya sendiri.

Watak Danny Zucko dan Sandy Ollson ni memang mirip dengan watak Sherrie Christian dan Drew Boley dalam filem Rock Of Ages, cuma yang menariknya era yang direpresentasi oleh watak-watak ni amat berbeza namun auranya lebih kurang sama aje. Kalau filem Grease membawa kita mengalami zaman 50an dengan rock kental ala The Shadows...mungkin Rock Of Ages akan membawa kita menghayati dan memahami era rock kapak dengan rambut menggerbang dan pakai leotard sampai nampak pungkok tak hingat.

Kekuatan kedua-dua filem ni ialah lagu-lagu yang dibawakan memang segar malar dan menggamit nostalgia mereka yang pernah berada pada zaman tu.  Mungkin aku fahamlah muzik rock kapak 80an sebab aku memang lahir di zaman tu dan hidup pada zaman tu, tapi bila menonton filem Grease ni aku dapat rasakan bahawa aku pun lahir zaman tu jugak sebab kekuatan lagu-lagunya. Aku masih ingat lagi laa bait-bait lirik lagu Summer Nights yang biasa aku dengar masa aku kecik-kecik sebab filem ni pun wujud zaman lewat 70an.

Filem Rock Of Ages ni memang sinonim dengan aku la rasanya sebab aku memang hidup zaman rock kapak ni dan lagu-lagu dalam filem ni semua aku hapal, jangan kelentong laa kalau nak cakap pasal hal rock kapak 80an dengan aku, semua aku hapal dari Poison sampailah ke Warrant, semua celah gigi aje tu. Apa yang menarik lagi pada filem ni ialah seperti filem Grease, ia merakamkan kemelut dan peristiwa penting yang berlaku pada zaman tu seperti PMRC, drugs sex and rock n roll dan paling best - boy band!

Aku yakin filem ni akan mencapai tahap klasik sama macam filem Grease dan aku rasa anak aku dah umur 20 tahun nanti confirm akan respek filem ni macam mana aku respek gila babi dengan filem Grease yang memang bagi aku antara muzikal lewat 70an yang memang mantap dan bertenaga!!

Sekian, terima kasih!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...