Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Antara daging pejal dan keluli...


"Courage is stronger than steel"...itulah mungkin maksudnya REAL STEEL???

ini ialah filem insaf dan menyedarkan...bagus ditonton oleh mereka yang depressed dan mengalami bi polar symptom macam aku nih...filem ini mengangkat semangat dan menaikkan darjat seorang yang bernama manusia...

dari lembah mana pun engkau, dari longkang mana pun engkau, engkau tetap manusia dan manusia telah dijadikan secara asalnya sebagai - REAL STEEL...

sabar...sabar...

The world of black and white...

Sebenarnya dunia ini ialah dunia yang penuh kemungkinan, tidak seperti dunia televisyen di mana kebiasaannya semuanya di adun dalam "hitam" (jahat) dan "putih" (baik).

Ini ialah filem yang mengajak kita menghayati dan menghargai kehidupan yang diberikan oleh Tuhan...hidup tidak semewah hitam dan putih, perlu banyak belajar dari pengalaman dan kesilapan dalam hidup, itulah yang dinamakan "kehidupan".


Ini juga ialah filem insaf dan filem klasik yang sangat aku minat kerana seperti filem-filem lain yang banyak mempengaruhi kehidupan aku, filem ini juga banyak mengajar aku tentang warna warni kehidupan, emosi, karakter yang "hidup" dan juga seperti biasa konflik PILIHAN.

Dua orang adik beradik terperosok ke dalam dunia televisyen yang klasik dalam hitam putih setelah mereka dihadiahkan sebuah remote control ajaib yang mampu membawa mereka sekali lagi ke alam "innocent" ala Adam and Eve yang tidak banyak perkara perlu difikirkan melainkan menjalankan fungsi masing-masing tanpa perasaan dan "cabaran" dalam hidup.

Dua orang adik beradik ini juga belajar banyak perkara dalam televisyen ini dan juga orang-orang dalam televisyen ini juga banyak belajar tentang "kehidupan" dari mereka...

Namun demikian...satu ayat yang paling ketara dan paling kritikal dan  memainkan peranan menyampaikan mesej dalam filem ini ialah - BACALAH.

AMIN.


Big Fish In The Sea Stole My Wedding Ring..!!


Sebagai seorang bapak aku merasakan satu kerisauan tentang bagaimana nak mendidik anak aku menjadi seorang yang baik. Ini ialah tanggungjawab amat besar perlu aku pikul sebab aku sendiri pun belum tentu dapat menjaga dan mendidik diri aku sendiri inikan pulak anak aku.

Filem ini ialah filem tentang hubungan anak dan ayah dan bagaimana jurang generasi selalunya menjadi penghalang untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Generasi dahulu suka mengambil elemen-elemen tahyul dan dongeng untuk mendidik anak-anak mereka, namun demikan filem ini menggambarkan tentang pertentangan anak dan ayah bilamana anaknya sudah merasakan tidak mahu lagi mendengar cerita tahyul ayahnya yang kononnya adventureous dan penuh pengembaraan aneh dan unik...

Namun demikian...adakah ayahnya itu sekadar membohong atau ada hikmah disebalik kisah-kisah dongeng ayahnya itu?

Tgk sendiri laa ye?

Senjakala???!!


Sebenarnya aku bukanlah peminat tegar filem ni mahupun bukunya, kerana pada mulanya bagi aku filem ni mengagungkan elemen-elemen goth dan elemen romanticisme yang amat melampau...namun demikian, ia hanyalah pada kulitnya...belum cuba belum tahu.

Hanya setelah aku menonton versi "wayang" filem terbaru franchise ini, Breaking Dawn...aku dapat menyaksikan satu nilai "kemanusiaan" sejagat pada filem ni.


Maka aku pun mulalah menonton bluray episod pertamanya dan sebenarnya aku rasa filem ni masih memperjuangkan nilai yang sama seperti filem-filem epik ala Star Wars, Lord Of The Rings mahupun filem franchise trilogy, quadrologi dan pelbagai logi lagi...masih mengupas isu "pilihan", yang menjadi tema berat kemanusiaan yang amat rumit kerana terlalu banyak pilihan-pilihan mencabar dalam kehidupan dan filem ini berjaya membuatkan kita mahu bersorak lebih bersemangat pada nilai-nilai "manusia".

Dalam episod pertamanya kita diperkenalkan dengan watak-watak antagonis dan protagonis dan konflik-konflik jiwa yang meruntun...tapi yang lebih menyayat hati (he he) ialah bagaimana determination seseorang itu berjaya membantu untuk menguatkan hasratnya untuk mencapai keperluan dan keinginan.

Dalam episod pertama filem ini kita diperkenalkan dengan konflik yang melanda Edward Cullen - to suck or not to suck?

Filem ini memberikan aku motivasi bahwasanya - Sekiranya kita tersesat, masih ada jalan untuk kembali ke pangkal jalan kerana hanya kita yang mampu membuat pilihan dan jangan biarkan orang lain menentukan nilai hidup kita sendiri...

Sekian, Terima Kasih!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...