Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...



Angels and Demons ialah satu filem yang bersifat umum.Secara keseluruhannya, ia adalah satu ironi kepada apa yang berlaku disekeliling kita. Seperti biasa, Professor Robert Langdon ialah hero yang dapat merungkai simbol-simbol kerana dia adalah seorang professor. Ironinya disini ialah mengapa pula pihak Vatican bersusah payah menjemput seorang atheist untuk menolong menyelesaikan masalah mereka?

Filem ini bukanlah filem yang mengkritik agama katolik, sebaliknya cuba memperbetulkan persepsi manusia tentang agama. Agama sekiranya dipimpin oleh manusia maka sebenarnya manusia itulah yang disembah. Begitu jugalah filem ini yang cuba mengkritik "keagungan" Pope dalam Vatican. Berselang seli dengan elemen-elemen yang melampau, dan aksi-aksi mendebarkan juga dengan perumpamaan-perumpamaan ironik, filem ini lebih berjaya dari prequelnya - The Da VInci Code.

Permusuhan antara puak sekular dan agama sememangnya sudah lama bertapak, semenjak wujudnya figura-figura agama yang menyesatkan manusia dengan jalan-jalan songsang mereka, maka muncullah sekelompok bijak pandai yang cuba menafikan agama...sebenarnya tidak wujud perkataan atheist dalam kamus kemanusiaan, yang sebenar-benarnya mereka-mereka ini ialah agnostic, menolak kemungkinan wujudnya manusia yang berjiwa tuhan dan umpama tuhan. tidak ada seorang manusia pun yang boleh menandingi tuhan...namun demikian mungkin disebabkan takut kalau-kalau pengaruh paderi-paderi katolik ini makin berkurangan maka berlakulah tuduhan-tuduhan seperti "engkau kafir", "engkau tak percaya tuhan"...namun sebenarnya mereka-mereka ini mempersoalkan manusia yang teringin nak jadi tuhan.

filem ini tidak memenangkan puak vatican mahupun memenangkan puak illuminati...namun sebenarnya bila difikirkan kembali kenyataan yang dikeluarkan oleh pengganas agama ketika Proffesor Langdon terperangkap di dalam gereja di mana letaknya anti matter tersebut, jelas bahawa sebenarnya mereka ini percaya kepada Tuhan, tapi tidak mahu terikat dengan dogma agama.

satu kenyataan yang sememangnya realiti ialah - "puak-puak agama ni sebenarnya dah takut, sebab apa yang mereka bawa iaitu kebathilan akan lenyap dari dunia ini dan akan tetap datang kebenaran setelah berkali-kali dikotorkan dengan dogma-dogma ugama bawaan ulamak-ulamak sesat dan kepercayaan tahyul yang dibawa...ermmmm...teringat aku tentang kenyataan Professor Langdon pasal hari krismas yang sebenarnya ialah hari perayaan masyarakat pagan...errr...hari kelahiran nabi isa ni kemudiannya ditiru pula oleh satu agama lain yang tiap-tiap tahun menyambut kelahiran hari orang yang dah lama tak ada dalam dunia ni...how ironic.

Drive Angrier...this is nothing!!!


Semenjak dua menjak ni Hollywood amat gemar bercerita tentang alam ghaib...

Bagaimana ya orang yang dah mati boleh keluar dari alam kubur dan menuntut bela?

entah!!!???

Adegan aksi dalam filem ini tidak dapat dinafikan amat hebat. Namun demikian terdapat beberapa plot yang tidak begitu mudah difahami dan jalan ceritanya amat membingungkan!
Sesiapa yang amat meminati kisah-kisah dongeng fairy tale dari neraka ciptaan orang putih ini, sebagai contoh - Supernatural, filem ini memang untuk anda!!!

...in case if i didnt see ya, good morning, good evening and good night!


...an inspirational movie, this is by far will become another classics!

Watak serius pertama Jim Carrey setelah bersusah payah menempatkan dirinya sebagai "badut filem" yang terkemuka...

Filem ini mengisahkan dan mengkritik sifar consumerism melampau yang mengakibatkan berlaku manipulasi - seperti lirik lagu kumpulan Eurythmics, "some of them want to use you, some of them want to get used by you, some of them want to abuse you, some of them wanted to be abused"

Naratif watak Harry Truman digambarkan sebagai seorang manusia yang gagah perkasa melawan sifat redundant kehidupan yang berteraskan semangat live and survive. Beliau cuba lari dari sifat tipikal kepenggunaan dengan cuba melarikan diri dari kebosanan rutin harian yang menjemukan dan menakutkan.

Filem ini wujud sebelum kita diperbodohkan dengan siri-siri realiti televisyen yang plastik. Andrew Niccol selaku penulis skrip untuk filem ini umpama seorang prophet yang telah menggambarkan tamadun dunia yang mati akibat siri televisyen realiti...perasaan umpama satu komoditi yang layak diperniagakan...

kita menjadi semakin bodoh...mungkin juga kita ini umpama zombie-zombie karangan George A Romero yang semakin keliru dan semakin rakus...

sekian terima kasih!


























Scott Pilgrim versus the world ialah sebuah filem kartun yang mengambil elemen surreal sebagai landscape yang amat mengelirukan...

ia adalah sebuah filem self pity yang terperangkap dalam dunia self value yang akhirnya mengadaptasikan perjuangan manusia untuk membuktikan self worth nya. yeah, this movie is all about SelF.

setiap orang ada nilainya tersendiri tapi Scott Pilgrim ialah seorang mamat selfless yang mempunyai pelbagai nilai yang patut dipilihnya sesuai dengan sifat dirinya yang selalu blur...di mana dia terpaksa melalui 7 evil exes yang akan menentukan self value nya.

ha ha ha...whatever!!

but this is the most anticipated movie in the end of the year 2010~~~~

Sesungguhnya Tipudaya Syaitan Itu Amat Lemah...Indeed!!

M. Night Shyamalan selalu mengejutkan pemikiran separa sedar penontonnya ke alam yang lebih mengghairahkan pemikiran "dua alam" yang sepatutnya difikirkan dengan akal yang tinggi.

Beliau layak dinobatkan sebagai Rod Serling of the 21st Century kerana karya-karyanya seringkali membawa kita ke alam bawah sedar itu lantas mengejutkan kita dengan alasan tipikal - Everything Happens For A Reason.

Melihat ke dalam filem ini, membuatkan kita sebagai penonton begitu yakin dengan mesej berat yang cuba disampaikan oleh Shyamalan dalam setiap filem-filem yang dikeluarkan olehnya.

Filem "Syaitan" versi Inggeris ini menyaksikan lima orang manusia jahat yang dikumpulkan di dalam satu lif, masing-masing tidak menyedari bahawa mereka seolah-olah sedang menghadiri acara "pembunuhan beramai-ramai" yang melibatkan diri mereka sendiri.

Maka klisenya, di antara mereka itu sebenarnya ada "orang kelima" yang tak serupa orang! Maka masing-masing pun sibuklah menelek siapakah diantara mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan misteri seorang demi seorang di dalam lif itu sehingga membingungkan detektif Bowden, seorang bekas tahi arak yang telah kehilangan isteri dan anak dalam satu kejadian kes langgar lari.

Filem ini secara jelas mempersoalkan tentang "dosa", "pahala" dan "setan" dan bagaimana seseorang itu tidak dapat lari dari dipertanggungjawabkan atas segala perbuatannya di atas muka bumi ini...

Namun demikian, jika kita melihat dengan teliti mesej BESAR yang ingin disampaikan...cubalah kaji selidik akhir cerita ini...sebenarnya ada satu lagi MESEJ MAHA BESAR yang seperti biasa cuba disampaikan oleh Shyamalan di dalam filem ini, di mana beliau cuba menyimpulkan bahawa bukanlah SYAITAN yang wajib kita takuti, tapi THE MASTERPLANNER yang amat bijak menyusun jalan cerita sehingga meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada mereka-mereka yang dapat melihat jarum halus yang cuba disuntik oleh Shyamalan dalam filemnya. Malah kali ini beliau berjaya dengan cemerlang memasukkan ketakutan penonton kepada THE MASTERPLANNER itu.

Great Job !!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...