Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Revolution --- Cover Depan CD Nih Memang LEGEND !!!


Pertama kali aku beli CD nih, aku belek-belek cover depan dia...aku memang aware dengan arca nih sebab tak silap aku buku Sejarah Darjah 5 (versi 80an) ada terselit gambar arca nih...aku belek-belek tetiba aku terkezut beruk...aku tgk cermin...ha ha ha ha!!! lost tribe of Israel nih...aku dapat tau arca nih nak kena lelong sebab sejarah membuktikan Hang Tuah sebenarnya panglima dari negeri Cina...kesian Melayu...berangan ada pahlawan macam Hang Tuah ha ha ha! aku rasa aku nih keturunan ke 9 Hang Tuah kot? he he he! Sebab aku rasa macam kenal laa mamat dalam arca tuh...

Okay, kita cerita pasal CD ni pulak...awal bulan Oktober bila aku dapat tau band nih nak release CD, aku memang rasa macam...waaaahhhh!! Serious aku memang minat band nih sebab aku rasa depa memang....awesome ha ha ha!!! Sampai kena hamun dengan tawkey CD kat Hopoh sebab tiap-tiap hari aku tanya...ha ha ha! nak beli kat I-tunes sumpah aku tobat sebab hari tu laptop aku crash sebab download software I-tunes...nak tak nak terpaksa laa aku tunggu lima enam hari...

Wife aku pun peminat band ni gak...entah macam mana dia jumpa CD ni kat kedai mana...dia rembat dulu...bukan nak bagi tau aku...last-last bila aku dah beli dia cakap...apahal abang beli lagi...?? Ha ha ha! inilah masalah kalau communication breakdown...

Overall CD nih bagi aku memang cuba nak jadi lebih berat dari bubblegum pop debut CD depa...sebenarnya ikut sejarah aku memang menyampah dengan band nih dulu sebab lagu entah apa-apa...tapi sebab marah punya pasal...aku layan seround dua tetiba rasa macam best pulak...bagi aku lagu "Kalimah" tu memang MISTERI NUSANTARA laaa...

Opening number CD nih memang...ini "rock anthem" Projek Pistol...kalau bawak kat konsert memang happening...tapi bagi aku lagu nih akan jadi lebih epik kalau ternary form dia dikembangkan lagi sampai lapan minit...serious...lagu nih kena main sampai lapan minit...3:52 tak cukup...macam tak cukup masak aje...aku agak vokalis dia kalau nyanyi live memang semput tak cukup nafas...bagi aku lagu nih macam standard "Kashmir", lagu epik Led Zeppelin...memang epik! riff doom laden ala Pantera tu memang tak terjangka...sangat happening...

Lagu nombor dua (sorry aku tak ingat sangat tajuk sebab panjang-panjang susah nak hafal) memang gerek sehhhhh!! aku teringat lagu cover Cinderella...Move Over...memang part solo tu aku jadi gila sekejap...sound dia pun memang vintage...kena sangat dengan lagu dia...




Lagu nombor tiga, aduhai...memang aku tak boleh nafikan songwriter dia memang versatile...bini aku cakap...depa rip off Def Leppard ke?? ceh!! bini aku marah sebab tak ada lagu yang macam debut album...dia tak faham sangat ke heavy an CD nih...dia kata dia pening dengar...cuma lagu nombor tiga nih aje yang dia layan...biasa laa...pompuan...ha ha ha!! part descending scale tu memang ada macam lagu Krismas sikit laa...memang bagi mood pada lagu nih...memang aku pun layan jugak laa...ha ha!


Lagu nombor empat...aduhai,..tak tau nak cakap apa...speechless...creative songwriting nak cakap apa lagi...dengar...layan aje laaa...

Lagu nombor lima riff ala Jeff Waters memang aku suka...aku rasa Edrie Hashim pun tak kenal siapa Jeff Waters...tapi memang aku tabik spring..."I set the world on fire, it's your time to retire, because sooner or later...you gonna meet your maker!"...memang Annihilator...part riff "agung" pentatonik tuh memang...ha ha ha ha! Richie Kotzen eh?

Lagu nombor enam...ha ha ha ha! ini trade mark Projek Pistol...at least bini aku suka! he he he!

Lagu nombor tujuh...ini laaa lagu pertama yang aku dengar bila aku beli CD nih...pacing dia memang outstanding..,aku rasa ni lagu depa nak warm tu masa konsert...rock on! Intro memang standard laa...ke heavy an yang melampau-lampau bagi telinga aku...riff dia memang...stylo...apa kau nak expect dari seorang gitaris bernama Edrie Hashim?? Serious dia tulis apa pun memang aku cakap dia bagus ha ha ha!!! Tapi lagu nombor tujuh album depa nih memang ada semangat yang sangat misteri...he he!

Lagu nombor lapan...Metallica kot? watered down version punya Metallica...riff dia memang...aku sendiri tak boleh nak main ha ha! aku tgh panas hati tak dapat-dapat lagi main solo lagu nombor dua tuh...

Lagu nombor sembilan...ni satu-satunya lagu yang aku tak berapa berkenan...entah...aku pun tak tau apahal...

Lagu nombor sepuluh...ha ha ha! Ayat Quran tu bro! Demi Masa...sesungguhnya manusia dalam kerugian...ini aje satu-satunya lirik yang ditulis dek gitaris depa...layan jugak laa...okay laa...

Secara keseluruhan aku rasa macam tak puas hati dengan sound dan balancing CD nih...kadang-kadang gitar dia bunyi ke dalam sangat...macam tak puas dengar...atau mungkin produser dia nak sound macam nih sebab nak menampilkan sound ala-ala analog sebab sekarang nih pun banyak orang nak retro...aku dengar album nih macam sound dia kureng sikit laa...tapi mungkin itu vision band nih...

anyway aku memang tunggu mahakarya band ni yang seterusnya...lima tahun? sepuluh tahun?? itupun kalau umur aku panjang lagi laa...semoga band nih terus ada dalam Malaysia nih...legend tuh!!!

disclaimer : aku letak video kat atas tu bukan aku nak cakap depa nih rip off these bands, tapi macam mana seorang creative composer ambik a certain parts of well known repertoire and get away with it wihout a scratch...ini baru terminologi FUSION yang sebenar...bukan FUSION jazz aje ha ha ha!!!







Fear is the most delicious spice of all...huh!



Sekarang ni semua produser filem nak kembali ke masa lampau...err...back to the future? Aku nampak sekarang ni banyak orang buat filem yang macam nak throwback thursday, friday, saturday dan sunday untuk filem-filem liat dan empuk (pun intendend) macam filem nih...

Aku roll credit...memang aku dah agak depa mesti akan bagi kredit untuk filem-filem kanibal tahun 70-80an yang dibikin oleh pengarah-pengarah shocker Itali yang lebih ganas dan lebih mual aku nak tonton...aku sampai sekarang tak berani nak tonton Cannibal Holocaust walaupun aku ada Bluray originalnya...uncut, uncensored...dan shameless...ha ha ha!

Percubaan Eli Roth untuk kembali melungsuri lorong ingatan filem-filem kanibal agak berjaya juga pada pandangan aku...cuma aku rasa permulaan filem ni macam dokumentari (pun intended lagi!) dan tak payahlah nak cerita macam mana depa boleh tersangkut dalam hutan kat Peru tu ha ha ha!

Olahan citer dia klise gila anjing. mula cerita ajer kau dah boleh nampak lepas satu babak nanti, akan ada satu adegan tribute untuk filem-filem yang dianggap "the mother of all cannibal movie"...

Filem kanibal paling lahanat pernah aku tengok...Wrong Turn 3...bagi aku itu filem kanibal paling jelas dan paling real ketakutannya...

Aku tak boleh bayang masa bebudak U nih kena angkut dengan puak-puak kanibal tuh...siap kena raba, kena tarik rambut...kena seluk...filem nih berjaya menimbulkan perasaan takut dan simpati aku pada karakter-karakter nih...kau tak dapat bayangkan perasaan kau bila kau menjadi "lauk" kepada puak-puak nih...

Paling cilanat bilamana mamat yang badan besar tu kena angkut dengan puak kanibal nih...dia ingat depa nak rawat luka dia...last-last lagi "menambah" luka ada laaa...kau tak dapat bayangkan rasa mata kena korek dengan pisau tajam dalam keadaan kau masih hidup...arrrrggggghhhhhh...terlalu menakutkan bagi aku...lepas tu organ-organ penting kau ditetak sampai putus...arrrrgggghhhhh!! lepas tu dia jadi lauk kenduri puak-puak nih!! ha ha ha!

Secara asasnya aku rasa filem nih memang berjaya menakutkan aku sebab aku sampai sekarang dok terbayang apa perasaannya kalau aku ada kat situ...seriau mahu bunuh diri aku ha ha ha ha!!

Ejas Mengejas Memang Kerja Kita...


Kalau filem cenggini, ia memang makanan jiwa aku...aku suka filem pelik-pelik macam ni sebab dalam kebodohan dan kebangangan filem cenggini, ada satu "hikmah" (a big word used nowadays) yang hanya aku aje faham...

Filem ni bermain-main dengan frasa "what if" dan meneroka ke alam separa sedar pilihan manusia...dalam kau memilih kehidupan hakiki dalam diri kau...apa sebenarnya "zat" yang mendorong kau untuk melakukan sesuatu atas nama "kehidupan"?

Memang bagi aku mesej filem ni sangat tersirat...watak-watak dalam filem ni memberikan pengajaran untuk membezakan "ilusi" dan "realiti"...dalam realiti kadangkala kau boleh jadi separa biol dan sewel untuk menentukan - "what is it that ticks me"?

Dan akhirnya sebagaimana biasa..."hikmah" pengajaran yang aku cuba berikan dalam menyampaikan ulasan filem ni ialah...

YOU ARE WHAT YOU EAT.


KALAU HITCHCOCK HIDUP LAGI...DIA MESTI AKAN MERABAN TENGOK FILEM NIH...(sebab dia rasa macam bebal aje).

 
 Kadang-kadang filem-filem cenggini akan muncul dalam bluray dan dvd membuatkan kau rasa macam best aje...bagi aku filem-filem cenggini memang mencabar pemikiran manusia dungu macam aku, sebab aku nak memahamkan jalan cerita satu hal...dengan plot cerita tunggang terbalik...lepas tu pembinaan karakter yang melampau sampai kau tak tau apa kejadahnya mesej filem yang nak kau faham...

memula kau tengok filem nih kau kena perhatikan karakter utama filem nih...aku rasa kalau kau peminat Richard Matheson atau Alfred Hitchcock, tak ada masalah buat kau...filem nih memang pada mulanya bosan tahap ninjamantra sebab aku sendiri pun tengok ada laa tertidur dua tiga kali...dah terlelap aku ulang balik konon-kononnya nak dapatkan balik jalan cerita pada filem nih...

Menonton filem nih macam kau kena selesaikan masalah kiub Rubic zaman 80an di mana kau kena susun betul-betul jalan kau sebelum kau kena beduk...aku memang tak faham langsung apa kena mengena kamera bagak yang keluar gambar macam kamera Polaroid nih...zaman internet nih kamera Polaroid laku lagi ke?

Tapi bila aku tengok sampai habis...memang aku menyumpah-nyumpah sorang-sorang sebab aku rasa kalau Hitchcock hidup balik dan tonton filem nih...mesti dia mati sekali lagi sebab dia sendiri rasa macam bodoh aje nak memikirkan apa benda sebenarnya yang berlaku dalam filem nih dan sebenarnya siapa dia pompuan dalam filem nih...samada dia manusia atau jin??

Sekian, Terima Kasih!


WHIPLASH!!! --- HERE WE GO!!! (lepas tu Kirk Hammet solo!)


Secara zahirnya ini memang satu bentuk filem yang buat aku seriau! Filem nih membuatkan aku tertanya-tanya sebenarnya aku main muzik nih nak tunjuk aku bagus gila ba** macam Kirk Hammet bila solo ke atau aku bermain muzik hanya kerana aku nak merasakan perasaan halus dalam muzik yang aku main.

Filem nih memang pada mulanya buat aku menyampah dengan pensyarah muzik sakit jiwa nih yang pernah menjadi J. Jonah Jameson dalam filem Spiderman...memang dia punya aura bila dia masuk dalam kelas menyebabkan aku teringat dengan seorang makhluk Tuhan nih...yang perangai sangat sinonim dengan cikgu muzik nih...

Memang tak dapat dinafikan sebenarnya apa yang cikgu muzik nih cakap ada betulnya...kalau setakat kau main muzik lepas tu kau nak rasa kau bagus macam gampang...baik kau balik main guli aje laaa...



Aku tak dapat bayangkan mamat drummer nih pertama kali join kelas cikgu nih mesti dia tak expect yang cikgu dia ada masalah mental macam nih...aku pun heran, takkan dia tak dapat trace macam mana menggigil tahap Ultraman bebudak dalam kelas tuh bila cikgu muzik sakit jiwa tuh masuk? Aku tak dapat bayangkan bilamana cikgu nih puji mamat nih,,,macam mana perasaan mamat nih mesti kembang satu taman sebab dia rasa macam bagus...tapi aku rasa dia terpaksa balik ke pangkal jalan bila Captain Ameriak membaling tudung sajinya tepat kena kepala mamat drummer nih tapi sikit lagi nak putus kepala dia ha ha ha!

Ini satu filem yang mengajar kita bahawa...kalau kau rasa kau buat satu benda sebab kau rasa kau nak tunjuk kau hebat...aku rasa baik kau balik rumah main guli aje laaa...

Ini memang sebuah filem untuk...orang-orang yang berjiwa kental!!!


Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...