Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Berjalan-jalan Di Dimensi Ke Enam


Aku ada terbaca satu teori pasal Quantum Mechanics, yang menyatakan bahawa cakerawala nih sebenarnya adalah satu dari titik yang terdiri dari banyak titik yang sangat gila...

ada satu contoh yang diberikan dalam kajian tuh, katanya kalau kau simbah cat kat satu permukaan dinding, lepas tu kat depan dinding tu kau letak satu filter...maka macam tu laa keadaan cakerawala sebenarnya...you are just a point in time and you are NOTHING...

Please get out of my head now!!! I dont need you...errr...sialan...

Sama laa macam filem nih, konon depa cakap depa dah bikin satu eye in the sky yang boleh periksa semua benda dan boleh tahu apa-apa benda yang berlaku sampailah sebenarnya benda tuh ialah sejenis "time machine" yang boleh forward, reverse dan still kan sesuatu keadaan...

Mungkin sebenarnya benda nih wujud...sebab aku rasa...errr...semua benda yang berlaku dalam dunia nih ada sebab...

Dan dalam hero filem nih nak selamatkan orang...sempat lagi dia bercinta...ha ha ha!!

There is one movie aku tgk pasal seorang mamat nih dia tgh cari waris bekas boyfriend mak dia yang mati dalam kemalangan yang sama sebab nak tahu apa benda yang berlaku sebenarnya...

serius aku memang minat citer tu haa haa haa!

Kontrol ayu aje awek tu ha ha!

Remember The Fallen?


Tiiiiiimmmeee, is on maayyyyy saideeee....yes it issss!!

The Rolling Stone memang sangat Sympathy For The Devil...

Filem yang aku tonton kat wayang dengan awek aku tahun 1998...sampai sekarang aku masih tak dapat lupa impak filem nih pada aku...

E vil N ever D ies!

Ya ke?

Kita jangan ditipu oleh syaitan macam si Azazel yang telah berjaya membodohkan dan menipu Detektif Hobbes kononnya setan nih boleh mati...

Setan dah janji dengan Tuhan dia akan hidup sampai kiamat...

Filem nih memang penuh dengan suspens dan bagaimana kalau kau tak hati-hati, kau akan jadi mangsa amukan syaitan!

Dan...

syaitan dalam filem nih sangat kerennnn!!!

Apa Maksud Dia?


Kalau kau tengok poster kat atas nih kau akan nampak macam bentuk rupa manusia...padahal gambar tu hanya gambar ranting-ranting pokok yang dah luruh yang tak ada maknanya...

Siapa yang masukkan makna tuh?

sebenarnya ia adalah "illusion" kita hari-hari...kita sendiri yang letakkan makna dalam semua benda yang kita nampak...jadi sebenarnya untuk meletak makna-makna tersendiri maka kita kena banyak "membaca"...sebab banyak "makna" yang kadang-kadang tersilap pandang...dah jadi "makna" yang lain...

katalah contohnya tiba-tiba kau terbayang seorang awek yang kau tak kenal dan dia pun tak kenal kau, tiba-tiba aje dia terpacul dalam bayangan kepala otak kau...kau pedulikan benda tuh sebab tak ada maknanya!!

Pasal kita punya kepala otak ni selalu play tricks dengan perasaan kita...makhluk bernama Syaitan nih dia tahu dan pakar dalam memanipulasikan makna dalam kepala otak manusia...itu sebab kadang-kadang manusia nih rasa macam best aje...fikir bukan-bukan aje...

itulah sebabnya Tuhan selalu suruh manusia banyak ingat Tuhan, sebab Tuhan akan block kan benda-benda yang merapu dalam kepala otak kau...ha ha

panjang sungguh muqoddimah nya!

Ini filem pasal perasaan itu, perasaan yang merasakan sesuatu...sebagai contoh, perasaan "cinta" manusia yang sebenar dia tak datang dari masa kau tgk rupa paras orang yang kau cinta tuh...kau tgk rupa dia yang kat dalam tu haaa...maka dari situlah perasaan cinta tuh akan terjadi. Jangan percaya sangat dengan cinta plutonik yang hanya merupakan rembesan kimia dalam otak kau yang mengatakan - "she's the one!"


ha ha>
Linda Hanson nih dia hidup dalam dunia yang penuh penipuan, penuh intrigue dan penuh tandatanya...

filem nih dia macam pelik sikit...kejap dia ada kat sini, kejap dia ada kat situ...

tapi sebenarnya pengajaran pada filem nih ialah...

"Love is the dance of eternity"...

Aku merasa sangat syahdu saat-saat dia dengan husband dia yang aksiden tuh...

"penuh makna!"

As Usual, Jangan Pandang Orang Sebelah Mata Aje...


Ini filem pasal hubungan cinta sesama manusia tanpa mengira kau tu siapa dan anak siapa...ini citer benar pasal seorang yang kita kata dia kafir...tapi aku yakin sekafir-kafir Leigh Anne Tuohy, dia ada perasaan empati kepada seorang anak negro bernama Micheal Oher.

Kita sebenarnya kalau mengadili orang dari apa yang dia pegang, sebenarnya kita salah...perasaan kemanusiaan dan kecintaan itu ada pada semua orang, orang menjadi kafir sebenarnya kerana perasaan lagi satu yang tidak berjaya dikawalnya - perasaan kecintaan dia tidak berjaya mengawal perasaan kebencian dia...it is a love/hate relationship...

Kau menjadi benci kepada orang mungkin sebab upbringing kau...mungkin sebab upbringing keluarga Leigh Anne Tuohy nih dari keluarga yang suka pergi gereja, menghayati apa yang di ajar dalam Bible maka perasaan kasih sayang itu tetap teguh di hati...


Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
Ini filem yang meraikan potensi manusia, kalau kau berikan peluang kepada manusia untuk mencapai potensi tertingginya maka kau akan melihat bagaimana Tuhan memperanankan manusia itu mencapai apa yang dihajatinya...

Dan sesungguhnya orang-orang macam nih tak layak kita gelar dia kafir...sebab dia orang nih "take heed" apa seruan Ilahi...dan antara wired dan seruan Ilahi...mana satu kau pilih? Adakah kau nak sentiasa wired dalam dunia khayalan kau atau kau nak - wake up and smell the coffee??

The choice is up to you!

Wife aku kata kalau aku pompuan, rupa aku akan jadi macam heroin filem nih!


Tak silap aku dalam tahun 2006, masa aku tgh tunggu giliran temuduga untuk satu restoran makanan segera nih, masa tu aku baru habis UNIMAS, wife aku teman...masa kita orang tgh tunggu tuh, depa mainkan filem nih kat TV besaq depa...wife aku tgk, lepas tu dia pandang aku, dia tgk, lepas tu dia pandang aku...lepas tu dia senyum...

balik dari temuduga (aku tak dapat pun kerja tu sebab ada "setan" sudah block peluang aku...depa telefon "setan" tuh sebab dalam reference orang yang bukan sedara mara aku, aku letak nama awek (sekarang bini daa) aku)...awek aku tanya aku..."abang rasa, antara pelakon filem Hollywood kalau rupa dia sama macam abang, siapa agak-agaknya?"...aku pening...sebab aku tak sangka rupa aku ada rupa pelakon filem Hollywood...errr...aku masih sedar aku makan belacan terlalu banyak ha ha!

Awek aku cakap..."tadi masa Tasha tgk movie kat tempat tadi, Tasha pandang abang from the side, rupa abang ada macam Kate Beckinsale!" ha ha ha???

Aku nak marah?

memang aku marah dia masa tuh! Apa! Dia nak samakan aku dengan pompuan? Apa aku ni jambu gila ke??

Tapi lepas aku tgk balik filem nih, aku faham kenapa wife aku cakap macam tuh...aku faham kenapa...aku tak marah dah...sebab dia nampak dari mata hati dia...ha ha ha!

Sebenarnya dulu masa sekolah, ada seorang member baik aku kata rupa aku macam Mick Jagger...ha ha ha!!! lepas tu pulak, masa aku baru dengar Aerosmith...aku perasan bibir aku ada nak sama dengan Steven Tyler...last-last awek aku cakap..."aaahhh la bang, abang nih Liv Tyler versi lelaki nih!" kesitu pulak perginya...!!!

Sebenarnya rupa aku tak ada pun macam depa nih semua, apa yang awek aku nampak ialah "kilauan" dari rupa sebenar aku ha ha ha!!!

Aku dah cakap, pompuan nih dia melihat dari sudut mata yang sangat dalam...

errr...ini citer pasal "darah" secara literal dan metafor nya...

ini filem yang kata bahawa...setiap darah keturunan yang kau bawak akan menentukan siapa kau...

mungkin benar dari satu sudut saintifik...

namun aku berpendirian bahawa...

darah kau tak menentukan kau masuk syurga atau neraka...

yang akan tentukan...

sedalam mana kau dengar seruan Tuhan atas engkau!

ha ha ha!

and then??

macam biasa...

jalan ajeeee!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...