Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"Live! Tonight! Sold Out!!!


Pertama kali aku tonton video ni dalam format VHS, kawan aku bagi pinjam, tak silap aku tahun 95, 96 macam tu lah, masa tu memang aku gila sangat dengan Kurt Kobain...bagi aku Kurt Kobain ialah "suara" untuk marhaen macam aku ni haa...

awal April 1994 aku terkejut bila baca paper (masa tu mana ada internet macam laaa nih!) yang ditulis "Kurt Cobain commits suicide"...rasa macam - haaaaa!!!???

Video nih memang menjelaskan dengan sejelas-jelasnya tanpa menutup apa pun aib mamat bernama Kurt Kobain nih, dia buat apa dia nak buat, dia nak melompat, dia nak meludah, dia nak tala gitar kat kepala orang, dia nak melancap depan kamera...itulah dia!!!

Kurt Kobain nih memang sangat anti dengan corporate rock star...dan tak heran laa kalau dia adalah pencetus idea independence dalam bermain muzik...dengan muzik tiga kord dan ulang-ulang takat tuh, dia berjaya menegaskan bahawa...

pegi mampus dengan establishment...


dan akhirnya, apa pengajaran yang Tuhan bagi kat kita melalui Kurt Kobain???

bahawasanya -

My will be done.

Tuhan tak tengok berapa banyak kau tau pasal teori muzik, berapa banyak kord suspended 11th yang kau tau, berapa banyak modes yang kau boleh main...

Tuhan bagitau kau...

"main aje apa kau nak main"

I love you Zoey Deschanel! Really I do!


Ini ialah sebuah filem tentang perhubungan dan apa yang kau hadap pada perhubungan kau tu, terpulang kepada apa yang kau nak dan apa yang kau rasa penting dalam hidup kau.

Filem ni bercerita tentang perasaan dan bermain-main dengan perasaan, apa konsep perasaan yang kau boleh bawak secara serius mahupun kau cuma nak flirting with the idea that - nothing is what it seems.

Sebenarnya aku minat dan jatuh cinta dengan rupa Zoey Deschanel ni semenjak aku menonton filem Almost Famous lagi, aku memang tak malu nak meluahkan perasaan cinta aku pada rupa paras Zoey Deschanel yang sangat anggun ada macam rupa pompuan Itali sikit...ha ha ha....

tapi, aku setakat cinta dengan rupa dia aje laaa...orang? dia tak kenal aku, aku pun tak kenal dia...ha ha ha! tak apa...berangan boleh, jangan obsessed aje...

aku selalu membayangkan kalau-kalau dalam parallel universe yang lain aku memang kenal Zoey Deschanel dan dialah cinta hati aku sampai aku kawin dengan dia dapat lima belas orang anak...ha ha ha! konsisten kan angan-angan aku...he he!

Mungkin juga di realiti lain, Zoey Deschanel pun ada perasaan dengan rupa paras aku ha ha ha ha!!!

you see...

tak salah kalau kau nak mengkagumi benda yang indah di mata kau...

cuma salah, 

kalau kau jadi stalker, kau stalk tweeter dia, kau stalk facebook dia...

itu sangat salah!

ha ha ha!

kau agak-agak kalau setan taubat Allah (TM) terima ke?


Filem ni kalau sampai ke pengetahuan mufti Perak for sure kena hamput sebab ini filem sangat liberal dan sangat open tentang Tuhan dan alam semulajadi.

kau agak-agak kalau setan bertaubat depan Tuhan, Tuhan akan ampunkan ke tak? cuba kau fikir...

tapi masalahnya itu dah ketetapan Tuhan dan setan tak akan bertaubat sampai dia habis...tamat tempoh, so...kau fikir setan ada "his own say" ke dalam affair syaitan laknatullah versus God?

itu sebab kot Rolling Stone tulis lagu Sympathy for the devil.

ha ha!

kena tau juga makna ketentuan Tuhan...sekaligus menyatakan bahawa falsafah filem The Matrix itu sangat betul dan sangat benar...laluan kau dah ditentukan jadi sebenarnya kau tak ada free will nak ubah, orang yang derhaka dan celaka cam bapak mertua aku yang sampai mati akan jahanamkan masa depan anak dia dia tak akan berubah dan akan for sure mendapat "habuan" dia esok!

"we know for the first time, if we're evil or divine".

evil or divine ialah ketentuan Tuhan pada alam semesta, evil or divine tidak tertakluk kepada Tuhan sebab "I am that, I AM", kataNya pada Moses tatkala Dia menjelmakan ketentuanNya dalam bentuk "burning bush".

Jadi, sebenarnya kau jangan kata bencana alam itu evil or divine ketentuan Tuhan kerana Dia tak buat benda tu semua...kejahanaman ni semua adalah perbuatan manusia kerana evil or divine kalau disifatkan kepada manusia maka...caca marba lah jadinya...kecuali sekerat manusia yang sentiasa dalam pemeliharaan Tuhan, the divine spark of the All Spark! ha ha ha! meracau!

Ini filem pasal, macam mana kalau teori tadi digunapakai, makhluk Tuhan yang jahat ni dapat bertaubat dan telah diampunkan atas satu bentuk technical error yang tak dapat dielakkan? everything will fall out of existence, the balance is compromised...maka ada sebab kenapa setan diwujudkan...

bak kata Shakespeare...

"the world is all but a stage"

Inilah filem yang mengupas ketentuan dan kebesaran Ilahi! ya, cuba fikir, kalau dua makhluk Bartleby dan Loki tu dapat masuk dalam rahmat Tuhan balik...maka apa jadi?? maka tak ada lah cakerawala dan semuanya akan jadi sia-sia dan tak ada makna!!!

Maka kau nampakkah hikmah evil or divine tadi??

maka setelah kau nampak maka...

"SUCIKANLAH TUHANMU".

may God bring you inner peace!







Pencuri Masa Depan ha ha ha!


Filem pasal seorang budak dan beberapa orang kenit yang cuba melarikan diri dari Tuhan tapi akhirnya terpaksa menggapai the Meaning of Life.

Seorang budak bernama Kevin nih hidup dalam alam fantasi di mana dia banyak meracau benda bukan-bukan, sebab apa? sebab mak abah dia tak cool dan selalu sangat memerintah dia buat benda bukan-bukan sehinggalah suatu hari berlaku a rip in space and time...and the adventure begins!!

beberapa orang kenit ni sebenarnya lanun-lanun time travel yang dah tersesat masuk dalam bilik budak Kevin nih dan secara tak sengaja dah terbawak budak nih masuk sekali dalam adventure depa guna map yang dimiliki oleh Tuhan berupa ala-ala Sir Winston Churchill ha ha ha!!!

Maka budak nih pun belajar mengenal the Meaning of Life dan battle yang dia kena lalu sebelum dia dapat balik ke alam realiti dia yang sangat bosan!

...dan sebenarnya "the only battle" yang kita kena lawan ialah...

DIRI KITA SENDIRI...

kalau lepas, maknanya separuh dari rintangan hidup kau dah lepas dah!

Satu benda menarik dalam filem ni ialah macam mana depa imagine rupa bentuk time travel, dalam filem ni depa menggambarkan time, space and continuum tu sebagai satu benda yang tertindih antara satu sama lain dan perlu satu map untuk membukak pertindihan-pertindihan tuh...

dan yang paling best, hanya setan aje yang ada kunci nak bukak rahsia Tuhan...errr??? really???

Apa maksud?


Salah satu filem Monty Phyton yang cuba poke fun at serious things such as life. Filem ni sama macam Mad TV series di mana ada banyak segmen pasal macam-macam benda kelakar yang tak berapa nak kelakar sangat.

Mamat Terry Gilliam nih memang meracau sikit, Time Bandit, Life of Brian ni semua di bawah pengaruh dia lah nih...tapi filem  ni ada moment yang sangat mengasyikkan dan "sedap"...ha ha ha!! dah jangan fikir "sedap" yang itu aje...filem ni PG13 bukan rated X ye?

Ini filem kelakar intelek yang tak payah banyak sangat tunjuk elemen slapstick ala Jim Carrey, ye aku memang menyampah dengan filem kelakar tak masuk akal Carrey tapi aku suka Yes Man! ha ha ha!

Ada beza kelakar intelek dan kelakar tahap gila babi...dan ini ialah kelakar intelek yang pasti meruntunmu dalam mimpi! ha ha ha ha!

Aku rasa sedikit pandai setelah menonton filem nih!! huhuhu!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...