Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"simply remember, if you had one of the violent outburst episode...you might end up like Jack Torrance!"


Bilamana aku diberitahu oleh doktor pakar yang merawat aku bahawa aku pernah mengalami beberapa episod violent outburst...aku rasa macam blur dan tak faham...sebab setau aku bilamana aku makan ubat aje aku selalu meracau macam orang gila, bila aku tak makan ubat...aku waras dan sihat...maka aku pun mencari-cari maksud doktor tu sehinggalah aku menonton filem nih...

Owwwhhhh...macam ni rupanya violent outburst!

rasanya aku tak pernah buat perangai macam mamat Nicholson dalam movie nih...

entah???

"again...not trying to be musically religious...but I did listen to the band religiously!" ha ha!

bagi aku...band paling lagenda dan paling hebat sehinggakan semua manusia dalam dunia ni samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia...semua mengenal dan meminati Led Zeppelin! Ini ialah sebuah band lagenda yang dianggotai oleh empat orang pemuzik tak siap...tapi bayangkanlah ledakan muzikalnya bisa buat orang jadi gila separuh mati...Sebenarnya aku sangat-sangat meminati Robert Plant dan percaya atau tidak...semua lagu yang dinyanyikan oleh Plant aku boleh nyanyi dalam original key dia...padahal mamat ni masa nyanyi live...langsung macam hampeh! Tapi sebenarnya tak ada siapa pun boleh menggugat Robert Plant samada dia nyanyi original key ke atayu low key...dia memang sangat berbakat!!!

Aku ada tiga salinan DVD nya...cuma tengah usha kalau-kalau ada salinan Bluray pulak...for sure aku rembatttt!!! Filem ni dimulakan dengan sedikit penonjolan ala dokumentari citer pasal depa tengah lepak-lepak kat rumah, tengah membajak sawah, tengah picnic tepi sungai...tetiba depa dapat surat suruh depa buat konsert...ha ha ha ha!!!

Kalau hangpa dapat DVD limited edition (macam aku punya! ha ha ha!) ada satu sketch ala-ala drama pasal manager dia sudah pi redah satu gudang lepas tu tembak, ligan...letup gudang tu yang kat dalam dia ada lanun (robbers of your stupidity) tengah main pakau...sebenarnya depa bikin sketch ni pasai manager depa sudah angin dengan mamat-mamat "lanun" yang dok jual merchandise pirate masa konsert band ni yang ditonjolkan dalam filem nih...

Bagi aku...Led Zeppelin sememangnya telah membuat satu keputusan yang tepat membuat filem dari konsert depa sebab...aku rasa kalau aku ada kat zaman tu dan aku ada masa konsert tu...alangkah indahnya hidup!!!

dan sudah semestinya aku khatam semua lead solo Jimmy Page ha ha ha ha!!

sudah sudah laa tuh!!!!

"not trying to be religiously funny...but...this film is kinda funny!"

Pertama kali aku melihat kulit depan filem ni, aku menjangkakan akan melihat sebuah filem futuristik ala Buck Rogers mahupun Battlestar Galactica...namun demikian sangkaan dan jangkauan aku ternyata meleset kerana ini bukan filem pasal space adventures, sebaliknya ini ialah sebuah filem..."David Lynch"...ha ha ha ha ha !!! serius aku memang berbulu dengan David Lynch...tapi aku sangat suka dengan Twin Peaks!!!

Segmen filem nih memang ternyata memerlukan engkau membuat interpretasi kau sendiri...ironinya filem ni sebenarnya tidak memerlukan interpretasi sebab ini ialah sebuah filem ala dokumentari yang sangat KOSONG! maksud aku...KOSONG yang bermakna! get it???

Citer dimulakan dengan teori evolusi di mana kedengaran sentimen Charles Darwin dalam filem nih...manusia berasal dari beruk...mungkin ya bagi setengah-setengah manusia yang tak guna akal dan suka maki hamun orang dan selalu puji diri sendiri sangat bagus...mungkin depa ni semua keturunan beruk mat yeh agaknya!!!! Ikuti citer ni dari mula dan kau akan faham apa benda yang Kubrick nak bagi tau kau...

sebenarnya Kubrick ada agenda tersendiri dalam filem nih...dalam interviewnya di majalah "Budakpemain" (pandai laa kau translate English ek!) dia kata filem ni mempunyai pelbagai interpretasi mengikut  kesesuaian akal penonton...kalau iq kau intelek maka kau nampaklah macam-macam benda dan kemudian nak bagi best lagi, kau katalah filem ni paling best dan paling inspirational dalam dunia...dan bagi yang bebal dan lembab macam aku...aku akan cakap...ini filem sampah yang membuang file storage bluray dan dvd...ellehhh!!! anak aku lagi faham filem nih...

Makanya terpulang pada akal penonton laa nak interpret filem nih...

ps: tapi scene paling bermakna bagi aku ialah masa seorang mamat tu pi explore angkasa lepas...dan dia nampak visual diri dia dalam banyak keadaan dan last sekali dia menjelma jadi starbaby tuh...aduhai...penuh makna tasawuf tuh!!! (pada yang gila...rentikan!) 

Bayangkan...apa yang kau dapat faham dari sebuah filem picisan sebegini?

banyak benda!!!!

ha ha ba ha ha bha!!

"Rest In Pieces Akhirnya!"


Filem ni sebenarnya menciplak idea dan konsep dari filem sebelumnya bla bla bla bla bla bla...errrr...stop!!! Ini bukan blog kritik filem tapi ini blog syok sendiri yang nak kupas pasal filem yang ada mesej dan nilai ketuhanan yang sama-sama laa kita semua dapat berkongsi pemahaman dan gelombang bunyi (dan akal) yang sama...Ini juga bukan blog yang nak menunjukkan how religiously cool I am...I dont have a religion but I do have One God to guide me. So...am I religiously cool?? Think again nigga!

Serius...I dont give a hoot or a flying fish apa orang nak cakap pasal blog aku...aku tak racun kau orang baca blog aku dan aku tak jemput pun kau orang baca blog aku...tapi kalau kau rasa aku ni cuba nak jadi religiously cool atau cuba menyuntik wisdom aku pada orang...you are totally muthatrucking wrong!!! Siapa suruh kau baca??? Seperti yang aku cakap...I am not trying to be a wise man tapi kalau kau sendiri rasa apa yang aku tulis ni sesuatu yang ada wisdom...maka kau fikirkanlah sendiri...mata hati mana boleh menipu...aku tak laa macam kau meracau meraban kat facebook dengan twitter mengaku diri sendiri suci...kah kah kah kah!!!

Ini filem tentang kasihnya suami pada isteri tercinta dan sanggup buat apa sahaja untuk isteri tercinta...

Mungkin kot filem ni ada elemen ghaib supernatural yang tak masuk akal...tapi aku memang respek jugak konsep "time" dalam filem ni yang membuktikan dan mungkin juga sekadar teori bahawa..."masa itu hanyalah ilusi ngeri manusia".

...dan sebenarnya...sebelum kita mati baiklah kita kira dulu dosa pahala kita secara rawak...ingat Tuhan sikit...

and then...what?


"I am the father...I am my son"


Frank dan John Sullivan ialah dua jiwa yang disatukan dalam sebuah filem aksi seram ala-ala The Twilight Zone yang mengupas tentang "the plane of existence" dan menjelaskan tentang dimensi kelima yang sebenarnya wujud cuma tak dapat dilihat dengan mata kasar cuma dapat dilihat dengan mata hati dan akal.

Filem ini mengupas tentang kewujudan dimensi kelima itu dan bagaimana ia menjelaskan pula dan membuktikan bahawa elemen "masa" itu sebenarnya satu titik hitam yang bertindih antara satu sama lain dan membolehkan seorang anak dan bapak berkomunikasi seolah-olah elemen "masa" tu tak pernah wujud!

Filem ini menjelaskan tentang nilai kasih sayang dan bagaimana kasih seorang anak kepada bapak dan sebaliknya...sebenarnya hubungan darah daging ini memang susah dibuang...tak kiralah apa sekali pun pandangan kau pada anak kau...sesetan mana dan sejahat mana anak kau...dia tetap anak kau...dan kau sepatutnya menelek diri engkau sendiri kenapa anak engkau berkelakuan macam tu...sebab mungkin anak kau jadi macam tu sebab perangai kau yang buruk dan kegagalan kau sebagai seorang bapak untuk mendidik anak kau dengan baik...dan setelah kau telek dan kau tenung serta kau ingat bahawa kau tak pernah sumpah seranah  anak kau, maki hamun anak kau dan mungkin juga sebelum ni kau pernah kata anak kau BODOH...maka tak perlulah kau risau...anak kau jadi setan sebab pilihan dia sendiri...kau tak pernah ajar dia pun!

Sama la dengan Frank dan anaknya John...komunikasi anak-bapak dalam filem ni tak pernah gagal...macam mana anak dan bapak dari "timeline" yang dilihat berbeza dari mata kasr tapi tidak di mata hati...mampu membuatkan anak dan bapak ni bekerjasama untuk menjahanamkan pembunuh bersiri yang telah "membunuh" mak John dalam realiti yang lain...

dan sebenarnya kalau Tuhan tak tutupkan pintu hijab kau...maka kau akan nampak betapa jahatnya perangai kau, betapa jahatnya pilihan kau dan betapa setannya engkau...tapi sebenarnya Tuhan tutup pintu hijab kau supaya kau tak nampak dosa dan pahala kau...sebab sebenarnya Tuhan nak test kau...kau ingat tak Tuhan dan kau ikut tak apa Tuhan suruh...biar rambut panjang menggerebang macam hantu dan kepala penuh psoriasis...namun kalau hati kau tak menggerutu dan suci dalam debu macam aku...apa kau mau takut?? kau gebang kuat kat internet apa kes? apa kau mau buktikan???

"nak buktikan kau seorang manusia baik?"

Alahai!

sudah sudah laaaa...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...