Nilai moral dalam filem ni ialah...ia mengajak kita menjadi manusia luarbiasa dengan memaafkan kesalahan orang lain. Yang menarik dalam filem ini ialah penulis skrip filem ini cuba memasukkan elemen kemanusiaan di mana seorang manusia dari era berlainan mampu membuat perubahan dalam hidup lantas perubahan kecil ini menjadi butterfly effect (hint hint) yang menurut kajian sains, mampu menjana kesan ribut taufan yang melampau.
Filem ini juga seperti filem Triangle yang aku baru review beberapa blog yang lepas, bersyarah kepada kita bahawa sekiranya kita sebagai manusia masih belum dapat lari dari menjadi manusia pilihan tuhan, kita akan sentiasa melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang dan itulah kesan azab tuhan kepada kita. Sesungguhnya Allah Taala berfirman dalam Quran - summum bukmum umyum fahum laa yarji'uun (sesungguhnya mereka itu buta, pekak dan tuli, mereka tetap tidak akan kembali dalam kebenaran). Inilah sentimen yang sama cuba dimainkan dalam filem ini...cuma filem ini mempunyai pengakhiran yang baik (husnul khotimah) kerana watak Bruce Willis yang muda tu akhirnya diberi petunjuk oleh Tuhan bahawa dia harus menamatkan vicious circle yang tidak ada penghujungnya. Maka pada saat yang dijanjikan...dia akhirnya mengambil nyawanya sendiri dan menutup segala mala time travel yang berlaku ketika itu. Kerana bapak setan dalam filem tu yang transport convict ke masa lampau untuk dibunuh sudah pun menjadi seorang budak yang baik.
Perkara yang sangat menarik dalam filem ini ialah ia menceritakan juga tentang manusia istimewa yang mempunyai kuasa telekinesis yang menjadi asas penceritaan umum dalam filem ini. Hmmmmm...you see a pattern there???
