Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Infinity and beyond!!!

Filem ini meminta kita untuk berfikir dengan RASIONAL. Mengapa? Sila tonton dan fikir.

Jess ialah seorang wanita beranak satu yang mana anaknya ialah seorang budak yang autistik. Premis filem ini mengupas tentang kasih sayang dalam bentuk yang amat psikotik dan menyeramkan.

Kita sebagai manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan Jess yang tidak memahami erti dan nilai kasih sayang yang sebenar. Disebabkan stress dan mengalami masalah BiPolar Mood Disorder, kita dapati watak Jess ini selalu mengalami konflik untuk menyelesaikan masalah yang sangat mudah dan sebenarnya dia telah tersilap apabila dia menyertai kawan-kawannya untuk bersuka ria di dalam bot mewah menuju ke Bermuda Triangle...

Kita dapat melihat tiga sisi Jess yang berbeza dan diulang-ulang secara infiniti...masalah perempuan ni berlarutan dan dia dilihat mengulangi kesilapan-kesilapan yang berlaku maka terjadilah arus Vicious Circle di mana dia mengulang-ulang kisah pembunuhan dan kematian secara INFINITI...

Ini bukan filem happy ending ala Groundhog Day, ini ialah sebuah filem psikologi thriller yang akan membuatkan orang yang malas berfikir pun akan berfikir sebelum melakukan sesuatu...ha ha ha ha ha!!!

Aspirasi untuk menjadi hero....

Ini ialah filem kedua dari francais adaptasi komik Kick Ass yang mengajar manusia bagaimana untuk menjadi seorang hero dan sebenarnya superhero komik tidak pernah wujud dalam dunia realiti...

Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa realiti sebenar adalah sama dengan realiti dalam komik...tetap ada manusia jenisan setan yang akan menghuru harakan dunia cuma tidaklah dalam skala yang besar seperti siri komik.

Dave Lizewski (betul ke aku eja nih) adalah seorang hero kental yang sebenarnya cuba mencari pasal sekali lagi apabila dia mengada-ngada mintak digandingkan dengan Hit Girl...superhero keren yang dilatih oleh bapaknya yang psiko.

Filem ini mengandungi mesej semulajadi bagaimana sistem kemanusiaan akan cuba merawat keadaan bilamana terlalu banyak kecacatan yang berlaku di dalam masyarakat. Mahu tak mahu sebenarnya walaupun seorang superhero tidak perlu wujud dalam dunia yang fana ini, tetapi mereka yang tidak suka kepada kejahatan, ketidakadilan dan korupsi kemanusiaan sebenarnya adalah "hero" sebenar yang telah diturunkan tuhan untuk menyelamatkan dunia...filem ini mengajar satu nilai di mana seseorang itu perlu menjadi seorang yang luarbiasa untuk menjadi seorang hero.

...dan sebenarnya sekiranya masih wujud manusia mulia seperti Dave Lizweski dan Mindy Mccready dalam dunia ni...Insya Allah...kiamat mungkin belum terjadi...manusia yang akan menegakkan kod keadilan dan kesaksamaan dan tidak takut mati melainkan telah ditakdirkan untuk mati...orang-orang sebegini ialah orang orang yang sangat istimewa kerana nilainya yang sebenar dan keberanian mengubah sesuatu yang jahil dan jahat...merupakan satu nilai kemanusiaan yang tidak ada tolok bandingnya...

serius aku nangis tengok movie nih!!!

Bukan Apa Yang Engkau Harapkan!

menonton filem ni membuatkan aku rasa macam...sebenarnya kita ni yang bernama manusia suka membuat andaian yang mengikut selera dan nafsu kita.

Filem ini mengagungkan "pain" and "suffering" dalam hidup seorang pengkarya seni dan merealisasikan setiap kesedihan dan kepayahan dalam hidup untuk di transisi menjadi sebuah karya agung.

Filem ni menceritakan tentang Finn yang broken hearted sebab awek yang dia minat semenjak dari dia kecik ialah sumber inspirasi dari karya seni dan kesedihan dalam hidup dia.

Tapi yang paling best watak convict dalam filem ni yang walaupun jahat, tapi sebenarnya convict inilah sumber inspirasi Finn yang "bertahap gaban" kerana nilai kemanusiaan dalam diri seorang yang jahat dan evil lebih bernilai dan hebat disisi Tuhan dari nilai seorang "ustaz" yang kononnya alim segala tapi akhirnya kecundang dengan fitnah dan umpatan...(errr...apa kes?)

Sesungguhnya, dan sesungguhnya ini adalah antara filem klasik yang amat menginsafkan diri yang hina...be thankful for everything for soon...there will be nothing!!!

Cloud Atlas...???

Jarang aku merasakan kesan yang amat mendalam bila aku menonton sebuah filem untuk kali pertama...namun apabila aku menonton filem ni aku, sebagai seorang manusia yang mudah tersentuh emosi bila dihidangkan dengan elemen-elemen yang membawa kita kepada KEBENARAN akan mudah merasa tersentuh dan inspired dari filem-filem sedemikian...ini ialah antara filem yang membuka mata aku kepada suatu kelainan dan penyerapan mesej yang amat bermakna.

Terdapat enam era yang menjadi bual bicara filem ini, yang semuanya menjadi satu adunan yang menjadi satu bentuk kefahaman yang amat spiritual. KEBENARAN itu SATU dan apa yang kita dengar yang menjadi VERSI kepada KEBENARAN ialah KETIDAKBENARAN/KEBATHILAN.

Mesejnya amat kuat dan jalan ceritanya yang bersahaja dan bersusur galur antara era-era yang diceritakan menjadikan cerita ini sebagai SATU. Mungkin ramai pengkritik di luar sana menghentam filem ini habis-habisan namun aku sebagai pencinta karya-karya asyik dan unik yang membuka ruang pemikiran aku ke alam separa sedar dan dapat membawa aku berjumpa dengan KENBENARAN...ini ialah santapan jiwa aku.

Sebenarnya dunia realiti tidak jauh lari dari segmen-segmen kemanusiaan dan apa fungsi manusia yang selalu disalahertikan melalui fahaman-fahaman jahat manusia yang rakus dan sadis. this is what we need...a profound message of truth.

Ilmu Mengenal Diri???

Baru baru ni kebetulan aku diperkenalkan oleh tuhan dengan seorang manusia yang menggelar dirinya pemuja tuhan yang belajar ilmu mengenal diri aka ilmu makrifat...amat menarik pada mulanya bila dia gebang kat youtube pasal ilmu dia aku rasa amat teruja, tapi malangnya aku terpaksa memutuskan hubungan aku dengan manusia ni sebab dia mungkin seorang yang (mungkin ye?) ego, takabbur dan bongkak dengan ilmu yang dia yakin dia tahu segala...sebab aku yakin Tuhan tidak suka dengan manusia yang bongkak, takbur dan sombong...itu sudah semestinya...

Berbalik kepada filem ni, ada satu persamaan antara filem ni dengan manusia yang aku dok gebang tadi, manusi ni diberi dugaan dan ujian yang paling hebat sebab dia mengaku laa kononnya dia punyai ilmu mengenal diri sampai dia rasa dia dah sampai satu maqam yang tinggi sampai dia kata dia tak perlu buat amal ibadah khusus (solat) cuma perlu zikir aje sebab tahap kecintaan dia kepada tuhan dia sangatlah mendalam...

Mungkin apa yang aku lihat dari hidup dia, sebab dia claim dia sudah sampai satu maqam yang lebih hebat dari maqam para nabi dan rasul (aku tak pernah persoalkan pegangan dia atau kata dia sesat) maka Allah Taala menduga dia dengan satu dugaan yang amat dahsyat dan malangnya...dia tak nampak dan mungkin sebab terlalu cinta dengan Tuhan maka dia pun kembali menyumpah nyumpah Tuhannya atas nasib malang yang dihadapinya...(itu kemungkinan bagi orang yang belajar ilmu tinggi ni)...dia tak habis habis mempersoalkan nasibnya dalam hidup dia...dia mempersoalkan orang itu salah orang ini salah...tapi macam mana ye orang yang kononnya mengaku mengenal dirinya lantas mengenal tuhannya tiba tiba boleh jadi majnun macam tu? entahlah??!!!

Filem ini juga mengupas pegangan yang sama, untuk mengenal tuhan dengan lebih mendalam kena keperluan yang mendalam juga...macam budak dalam filem ni yang di duga dengan bermacam-macam dugaan yang tak masuk akal...tapi atas sebab kecintaannya yang mendalam dengan zat penciptanya maka dia tak pernah merungut dan mempersoalkan nasibnya sebab dia yakin itulah perjalanan yang tuhan dah beri kepada dia dalam usaha dia mengenal tuhannya...maka akhirnya dengan bertemankan seekor harimau yang ganas (ini adalah perlambangan mukjizat yang selalu Tuhan sebut dalam kitabNya...bagaimana api disejukkan ketika Nabi Ibrahim dihumban ke dalam api yang marak)...maka budak ini akhirnya berjaya menemui tuhannya dengan penuh rasa kecintaan dan kehinaan yang mana akhirnya kita berjaya mendapatkan maksud bahawa jika kita kenali kitalah sehina hina manusia dan sedaif daif manusia maka Tuhan akan memberikan kekuatan yang semulajadi kepada kita dan menolong kita kerana itulah yang Tuhan kehendaki dari kita....mengakui kehinaan kita kepadaNya dan mengakui keperluan kita kepadaNya maka akhirnya Dia akan mempercukupkan keperluan kita dan terjadilah hubungan cinta yang paling ikhlas dan paling suci...

aku tidak mahu melihat elemen pluralisme dalam filem ni kerana semua kebenaran telah terungkap...aku cuma mahu bercerita tentang kisah cinta manusia dengan Tuhannya dan bagaimana Tuhannya akan selalu bersama dia dan dia sendiri akan merasakan kehadiran Tuhannya dalam dirinya...sepertimana budak ini...

sekian, terima kasih...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...