Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Empire Records memang the most legendary movie dalam list aku...


Ini movie zaman-zaman Liv Tyler baru nak menjadi...nak kata ini movie pasal grunge pun tak jugak...sebab latarbelakangnya ialah sebuah kedai CD yang menjual bermacam-macam jenis muzik dari punk sampai bubblegum pop. Mungkin kebetulan filem ni menjadi masa zaman-zaman grunge maka adalah relevannya disitu.

Berkisar tentang muda mudi yang bermacam-macam perangai, macam macam kisah dan juga konflik agung yang melanda remaja masa kini...to "do" or not to "do". Plot filem ni agak simple, tentang originaliti, tentang ketaksuban pada rock n roll dan juga tentang ketaksuban pada..."errrrr"....

Premis filem ini memainkan peranan "menghidupkan" mesej dan cerita, sebab aku rasa sebuah kedai CD yang dimiliki oleh seorang ahli korporat yang tak tahu apa itu rock n roll dan macam mana nak rock serta seorang pengurus kedai yang amat prihatin pada pekerja-pekerjanya yang terdiri dari para juvenile delinquent...

Dialog sempoi, tak meleret-leret atau terlalu preachy...atau  nak menunjukkan apa-apa trend atau pegangan hidup (ironinya budak-budak dalam filem ni semua terumbang ambing kurang kasih sayang)...membuatkan filem ni bolehlah diangkat sebagai sebuah filem yang sempoi...

anyway Empire Records memang ROCK!!!





Anak aku tak habis-habis tgk citer nih...


Mater The Greater ialah idola besar bagi anak aku...setakat ni dah ada tiga bijik kereta mainan Tow Mater yang dimilikinya. Setiap kali pergi ke mana-mana, kalau terjumpa aje apa-apa benda yang berkaitan dengan kereta kartun ni tak kiralah apa benda sekalipun...mesti dia nak.

Aku dengan wife pun dah hapal skrip kartun ni...tiap-tiap jam dia mesti mau pasang ini movie, tak ada peluang langsung kami nak tonton filem lain.

Aku suka anak aku tonton filem ni, at least filem ni dapat mengajar dia erti setiakawan, selflessness dan yang paling penting...baik hati dan cool macam Mater The Greater...

Ini mungkin filem  biasa bagi budak-budak tapi tidak bagi anak aku...ini filem legend dia!!! selepas Boboiboy...ha ha ha ha!!!

Rock of ages, still rolling, keep rocknrolling!!!


Menonton filem ini mengimbau kembali zaman kehebatan poser rock ala Whitesnake, Warrant, Poison dengan lagu-lagunya yang evergreen. Mungkin pemuzik tegar dan berkaliber serta mat-mat thrash mengutuk lagu-lagu band poser rock sebegini namun tidak aku, aku tetap meminati lagu-lagu poser rock sebegini sebab muzik mereka ni telah lama mendapat tempat dalam hati aku...pi mati orang nak kata apa pasal Glam Rock...

Paling best, ada elemen mengutuk boy band tak hingat...errr...dua-dua poser...

Filem ni memang agak klasik kerana gabungan pelakon-pelakon filem yang otai digandingkan pulak dengan muka-muka baru...memang ada kelainan sikit menonton filem tribute kepada poser rock sebegini...sememangnya pengagungan Whiskey A Go Go merupakan premis utama filem ini...tempat "awek-awek" boy band mula main muzik...biasalah kan? itu dunia mereka...

Klise anti rock juga turut dipaparkan dalam filem ini...mungkin satu ode buat Tipper Gore gamaknya...dunia semua tahu penangan PMRC satu ketika dahulu yang cuba nak ban muzik rock dan akhirnya berjaya meletak sticker "Parental Advisory" pada mana-mana CD band yang "kurang ajor"...

Filem ini ialah filem yang cruising down the memory lane...as the title suggests...I WANNA ROCK!!! YEAHHHH!!!

Cinta Merentas Space Time Continuum

Premis filem ini amat mudah namun cuba di saratkan dengan mesej...nothing is perfect...but look closely.

Henry De Tamble mempunyai masalah pada genetiknya yang tidak stabil yang selalu membuatkan dia "hilang" dalam "terang". Namun demikian dalam ketidaksempurnaannya sebenarnya  Tuhan ada satu package plan yang menarik untuk dia. 

Kekurangan dari sudut genetiknya itu sebenarnya ialah satu anugerah yang amat bernilai untuk dia. Dia dapat keluar masuk garis masa (tanpa kerelaan hatinya) dan yang paling best dia dapat jumpa dengan the love of his life, semenjak dari wife dia kecik, muda remaja sampailah kepada ajalnya.

Filem ini bukan filem dongengan time travel yang melawan paradoks dan paradigma, tetapi adalah filem yang mengajar apa makna TRUE LOVE.

Claire Abshire ialah seorang hopeless romantic yang sudah head over heel dengan seorang time traveler yang dikenalinya semenjak dia kecik lagi...

Dua watak utama ini berjaya mengajar penonton untuk lebih menghayati maksud CINTA SEJATI bukan pada rupa, warna kulit mahupun harta benda (walaupun Henry sudah bagi bini dia menang duit 5 juta untuk mereka beli sebuah rumah agam ha ha ha)...yang mana perasaannya hanya boleh dan mampu dibayangkan dan dialami oleh mereka yang pernah melaluinya...ia adalah satu fasa kehidupan yang mana boleh membuatkan seseorang itu in love atau all out of love...terpulang pada diri masing-masing.

Sesungguhnya ini ialah sebuah filem cinta merentas masa yang amat unik dan...profound???

review lama aku


The Most Beautiful Film...

Filem yang amat menikam ke dalam lubuk sanubari, jiwa yang halus...

Professor John Nash ialah seorang ahli matematik yang sangat pakar dalam lapangannya, beliau berjaya menjumpakan satu teori yang mengevolusikan pemikiran baru yang membuka ruang kepada penemuan baru tentang - whatever!

Malangnya beliau mengidap satu jenis penyakit mental yang amat menganggu kreativitinya...ini ialah satu contoh penyakit skizofrenik yang merangkum kepada konsep - Messiah Complex.

benarlah pepatah inggeris mengatakan - Ignorance Is Bliss.

bila terlampau bijak, maka terlalu berat kematangan jiwa yang perlu dipikul...

namun, dari psyche Proffessor Nash ini, beliau sebenarnya tidak skizofrenik, sebenarnya beliau melalui satu fasa dalam jiwanya yang banyak menggelodak yang sebenarnya mengimbangi equilibrium - errr...teorinya yang dijumpai dalam falsafah matematiknya itu.

Pergolakan jiwanya begitu kuat sehingga beliau berjaya hidup dalam alternate reality ciptaannya sendiri...yang dihasilkan dari perasaan bersalah kerana dia terlampau pandai sangat,,,,

sebenarnya manusia itu selalu hidup dalam keadaan bersalah...kecuali mereka yang selalu ingat kepada THE REAL...

sekian twerima kwasih,,,dan terima kasih kepada Dr Sujatha kerana selalu merekemen aku menonton filem ni untuk melihat keadaan seorang pesakit skizofrenia yang mempunyai Messiah Complex.

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...