Mater The Greater ialah idola besar bagi anak aku...setakat ni dah ada tiga bijik kereta mainan Tow Mater yang dimilikinya. Setiap kali pergi ke mana-mana, kalau terjumpa aje apa-apa benda yang berkaitan dengan kereta kartun ni tak kiralah apa benda sekalipun...mesti dia nak.
Aku dengan wife pun dah hapal skrip kartun ni...tiap-tiap jam dia mesti mau pasang ini movie, tak ada peluang langsung kami nak tonton filem lain.
Aku suka anak aku tonton filem ni, at least filem ni dapat mengajar dia erti setiakawan, selflessness dan yang paling penting...baik hati dan cool macam Mater The Greater...
Ini mungkin filem biasa bagi budak-budak tapi tidak bagi anak aku...ini filem legend dia!!! selepas Boboiboy...ha ha ha ha!!!
