Menonton filem ini mengimbau kembali zaman kehebatan poser rock ala Whitesnake, Warrant, Poison dengan lagu-lagunya yang evergreen. Mungkin pemuzik tegar dan berkaliber serta mat-mat thrash mengutuk lagu-lagu band poser rock sebegini namun tidak aku, aku tetap meminati lagu-lagu poser rock sebegini sebab muzik mereka ni telah lama mendapat tempat dalam hati aku...pi mati orang nak kata apa pasal Glam Rock...
Paling best, ada elemen mengutuk boy band tak hingat...errr...dua-dua poser...
Filem ni memang agak klasik kerana gabungan pelakon-pelakon filem yang otai digandingkan pulak dengan muka-muka baru...memang ada kelainan sikit menonton filem tribute kepada poser rock sebegini...sememangnya pengagungan Whiskey A Go Go merupakan premis utama filem ini...tempat "awek-awek" boy band mula main muzik...biasalah kan? itu dunia mereka...
Klise anti rock juga turut dipaparkan dalam filem ini...mungkin satu ode buat Tipper Gore gamaknya...dunia semua tahu penangan PMRC satu ketika dahulu yang cuba nak ban muzik rock dan akhirnya berjaya meletak sticker "Parental Advisory" pada mana-mana CD band yang "kurang ajor"...
Filem ini ialah filem yang cruising down the memory lane...as the title suggests...I WANNA ROCK!!! YEAHHHH!!!

