...berlaku sesuatu yang diluar jangkaan fikiran manusia? pintu-pintu dibuka dengan jelas dan kita boleh nampak sesuatu yang tidak sepatutnya kita nampak?
sememangnya minat terhadap filem-filem yang membuka pintu-pintu rahsia yang membuatkan kita lebih rapat dengan kuasa dan zat yang menjadikan manusia dan jin serta segala yang ada di langit dan bumi adalah "forte" aku...ia membuatkan aku berfikir "purpose" seorang manusia bernama Adam itu diwujudkan...dan ia jelas ditunjukkan dalam filem ini..."Love is the dance of eternity"...
seorang budak bernama Henry telah dianugerahkan dengan "kekurangan" yang membuatkan dia dapat merentasi masa dan membuka pintu-pintu dimensi yang menyebabkan dia dapat pergi ke mana-mana tempat yang dipilihnya dalam ruang masa...dalam pengembaraannya itu dia telah berjumpa dengan "pasangan hidup" yang sememangnya telah ditakdirkan untuk mengalami sesuatu kehidupan yang paling pelik dan tak masuk akal...
Kekuatan filem yang diadaptasikan dari novel klasik ini ialah, ia menjelaskan dengan sejelasnya bahawa "Love transcends through time"...bagaimana dua jiwa yang berbeza telah disatukan semenjak azali lagi walaupun apa juga halangan dan dugaan yang menimpa...
tema utama filem ni agak ikhlas dan jujur, ia tidak menggambarkan tentang seorang time traveler yang menyelamatkan dunia, kerana dia tidak mampu untuk selamatkan mak dia dalam kemalangan jalanraya...tetapi seorang time traveler yang "dipaksa" travelling back and forth in time untuk melihat "hikmah" disebalik pilihan yang telah ditentukan oleh takdirnya sendiri dan merasa "selamat" dan "redho" dengan pilihannya itu...
