
kebetulan dan ketidaksengajaan berlaku di mana-mana sahaja, tell it to Ralphi, janda tua yang dah nak masuk menopause dalam filem ni...
ini perkara biasa, orang tua biasanya akan suka yang muda-muda tak kira lelaki atau perempuan, entah? mungkin sebab nak menunjukkan yang dia masih "terer" atau mungkin sekadar melampias ego yang dah reput tu?
filem yang aku baru tonton ini mengisahkan hubungan "cinta tiga segi" antara seorang psikiatris, anak lelakinya dan kliennya yang ada affair dengan anak terunanya yang baru masuk umur 23 tahun..."you know in other countries I could get arrested for having an affair with a younger man".
tiga sisi pandangan yang berbeza :
seorang ibu / psikiatris yang kuat menjaga darah keturunan dan kesucian keluarganya dengan mempunyai masalah kronik - "anak-anak aku hanya boleh kawin dengan yang sekaum aje dengan aku".
seorang janda tua yang mempunyai masalah baru bercerai, lonely, desperate dan merasakan masa dah suntuk untuk mencari erti kehidupan.
seorang anak bujang keturunan Yahudi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia dewasa dan terpaksa berhadapan dengan seorang mak yang konservatif!
...adunkan ketiga-tiga watak ini dan...
VOILA!
konflik, tragedi ala Dionysian yang tak pernah akan habis selagi dunia belum kiamat.
a very good story, tell it to reader's digest!