Ini ialah sebuah blog peribadi yang cuba merakamkan emosi, ekspresi dan mesej ketika menonton filem...hanya dvd dan bluray yang dirasakan mampu memberikan pengajaran yang membina sahaja akan dimasukkan dalam memoir blog ini...dan kepada yang membacanya anda harus bisa membezakan pendapat peribadi dan kritikan ...jujurnya...I am not trying to look "religiously cool" either! I AM RELIGIOUSLY COOL!! jadi...no need to look that cool because I AM!!!!
Disclaimer!
SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...
I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...
PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...
Romero cuba bersyarah lagi dalam pelemnya...
filem Diary Of The Dead ini adalah karya bodoh yang cukup satira entah apa-apa.
Romero dah kekeringan idea untuk ekspressi kemanusiaan.
baik lah dia cuba buat topik tahyul macam Fulci selalu buat...
org dah bosan dengan preaching film macam ni.
The Beyond...
I wonder if Schweick reopresents the tortured, tormented...hung drawn and quartered. Gory to every detail.
I would love to keep this DVD as my precious collection...to get the original would be the best!
Lucio Fulci were known to me by his film - Zumbi 2. But not as detail as this one.
the make up, the make over...excellencio! ha ha ha!
apa aku meraban ni?
Fear and Loathing In San Peng...
“The” Deaths Of Ian Stone...jangan risau...aku tak salah eja!
Bila masa dia balik dari hantar “bini” (awek laa) dia dari hockey match dia, tiba-tiba dia terserempak dengan satu lembaga terbaring tgh jalan...maka dia pun keluar laaa dari kereta dia dan cuba nak tgk siapa yang terbongkang tu, belum sempat dia nak telefon...tetiba “benda” TU HILANG!
Dan itu adalah “kematian” pertamanya!!!
Ian Stone terpaksa “mati” lagi dan lagi dan lagi untuk mengetahui KEBENARAN yang hakiki bahawa...
Filem ini memartabatkan satu elemen dalam kehidupan manusia yang merupakan fitrahnya yang hakikat. CINTA adalah satu perkara yang asas dalam kehidupan manusia, ada pelbagai elemen CINTA dalam diri seorang manusia dan ia adalah elemen terkuat yang MAMPU MENYATUKAN hati-hati yang berselisih pendapat.
Filem ini adalah transisi, dari sifat kebinatangan kepada sifat kemanusiaan yang kenal erti kasih sayang, cinta mencintai dan sayang menyayangi.
Honey! I'm Home!
Pleasentville yang sebenarnya taklah berapa Pleasent sangat bila dah jadi kaler.
Filem ini mungkin low budget sebab hampir 70% dari kualiti gambar filem ini adalah dalam hitam putih. Ia mengisahkan tentang evolusi kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah dari masa ke semasa, dengan pemikiran yang semakin terbuka...maka banyaklah rintangan dan halangan yang terpaksa di hadapi.
Watak Tobey Maguire adalah seorang yang reserve, hidup di era slackers tahun 90an yang blurry, entah apa-apa dan nampak macam hilang hala tuju hidup. Bermasalah keluarga dan mempunyai seorang kakak yang hip dan chic serta cool, dia terpaksa menghadapi keperitan hidup dengan masalah mak bapak yang mengalami krisis rumahtangga menyebabkan kehidupan dia dan kakaknya terbiar.
Masa lapangnya dihabiskan dengan menonton televisyen dan mengikuti siri televisyen oldies, “Pleasentville”.
Hinggalah pada satu malam yang syahdu, ketika dia dan kakaknya berebut remote controller sampai jahanam...mereka didatangi oleh seorang tv repairman yang kebetulan “peminat” siri Pleasentville...and the rest is history. Tgk kalau nak tau! Ha ha!
Filem ni mengisahkan tentang dua era kemanusiaan yang amat berbeza, menyediakan elemen “surreal” sebagai premis untuk membandingkan era “tua” dan era “muda”. Siri televisyen Pleasentville ini bertindak sebagai “pemangkin” untuk menyatukan dua realiti (realiti tv?) yang amat berbeza...
Tobey dan kakaknya terperangkap dalam siri televisyen tersebut, menyebabkan berlaku beberapa perubahan pada diri mereka dan siri tv tersebut bertindak sebagai “provocateur” yang mengubah sikap dan attitude mereka.
Disini kita lihat bagaimana dua org manusia yang hidup di realiti “sebenar” telah berjaya mengubah konsep dan mengubah persepsi karakter dalam siri tv tersebut. Mereka seolah-olah seperti penyampai mesej yang cuba menyatakan pada karakter-karakter dalam siri tv tersebut – not everything is good in black and white!
Proses “kemasukan” mereka ke dalam “realiti” siri televisyen itu telah membuahkan beberapa revolusi dan telah menukar sedikit demi sedikit “warna” pada siri tv tersebut.
Apa yang menarik dalam filem ini, kita lihat bahawa golongan TUA, memang selalu menolak “revolusi pemikiran baru”. Satu contoh terbaik yang mampu memberikan kesedaran ialah, ketika sebelum watak Tobey Maguire dan Reese Witherspoon sampai ke “realiti” siri tv tersebut, kebanyakan buku (kitab?) dalam pustaka sekolah di Pleasentville itu blank...sehinggalah munculnya dua “prophet” (?) yang berasal dari REALITI SEBENAR yang berjaya mengubah hidup para remaja yang selama ini statik dan hanya perlu tahu benda-benda BASIC dalam hidup.
Mesej yang mahu disampaikan dalam filem ini ialah, untuk melihat perubahan...manusia harus di UJI dan di PROVOKASI sebelum mereka MENGENAL realiti kehidupan yang sebenarnya. Manusia bersifat dinamis, maju ke hadapan dan tidak statik seperti katak di bawah tempurung. Perubahan yang terus menerus tetap akan berlaku dalam tamadun kemanusiaan dan kita sebagai individu harus kuat untuk menerima perubahan itu dengan pegangan dan prinsip hidup yang mantap.
